~A Journey Through Life~: Noda Sang Huffaz

Friday 11 January 2013

Noda Sang Huffaz

"Aku sekarang dah tak percaya kat budak-budak yang hafal quran." 

"Aku tengok ramai budak yang hafiz, tapi perangai tak melambangkan dia seorang penghafal al-quran."

"A'ah betul jugak. Nama je hafiz, tapi kadang-kadang banyak masalahnya. Kadang-kadang duk bergayut calling dengan perempuan sampai tengah malam, keluar dating, makan dengan perempuan, tepuk tampar dengan perempuan. Ahh banyak lagi lah."

"Aku pun hairan, sepatutnya bila dah ada al-quran dalam diri tu, makin bertambah baik, jaga akhlak, jaga hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tapi yang berlaku ialah sebaliknya. Malah lebih teruk dari orang yang tak hafal quran."

Saya tersedak dan termakan cili, kerana saya faham bagaimana situasinya seorang penghafal quran.

Saya ada tanggungjawab yang terbeban dalam dada. Tanggungjawab menanggung sebuah kitab firman dari Tuhan yang Maha Esa dan Kuasa.

Ya, saya sepatutnya lagi tahu hukum hakam. Tapi, syaitan ada juga mengekori saya.

Dan saya tau itu bukan alasan untuk seorang penghafal quran membela diri dan menafikan dosa yang dilakukan. kerana hakikatnya, yang salah tetap salah. dosa tetap dosa, pahala tetap pahala.

Saya sedar dosa saya. dan tolong doakan saya menjadi penghafal Quran yang beramal dengan hafalannya.

Cuma, kalau anda melihat kawan-kawan saya, para huffaz di luar sana sedang leka. Tolong jangan hukum mereka.

Mungkin mereka memerlukan sedikit masa untuk mencari hakikat diri. Mengenali hakikat kehidupan. Naluri keseronokan yang setiap manusia dambakan. Mereka baru sahaja terdedah dengan realiti dunia yang sebenar, sebab sebelum ini mereka terpenjara di sekolah, menerima tarbiyah terus menerus daripada sang ustaz, tanpa diperlihatkan kepada realiti sebenar masyarakat di luar. Mereka terkejut dengan budaya baru yang sedang mereka lalui.

Sebagai seorang manusia biasa, yang serba lemah. adakalanya mereka juga terpedaya dan tewas dalam genggaman nafsu syaitan durjana. sama seperti yang lain.

Hanya itu yang mampu saya katakan. Memang itulah kelemahan setiap manusia. Kadang-kadang lalai, walaupun telah menggunung ilmu di dada. Apakan daya, sifat manusia itu sendiri sering melakukan kesilapan dan dosa.

Hakikatnya, insya Allah, satu hari nanti mereka tahu kemana jalan untuk mereka ‘KEMBALI’. kerana Al-Quran itu sudah ada dalam hati mereka, tinggal masa yang menentukannya. semoga dipercepatkan tempoh penemuan mereka itu.

Kita sama-sama doakan. doa senjata mukmin.
tapi, selagi anda mampu menegur, tegurlah kesalahan kami. :)

SESUNGGUHNYA MUKMIN ITU BERSAUDARA .



:Copy paste:
tatkala membaca apa yang tertulis di atas ,aku kaku..
memang tidak ada apa yang boleh disangkal lagi..
semuanya benar..aku akui..
menjadi seorang huffazul quran sangatlah susah..
namun itulah dugaan sebagai penghafaz...
doakan yang terbaik buat kami dalam menghadapi cabaran sbgai penghufaz kalam Allah..

Assalamualaikum..

1 comment:

  1. Adnin ! nice post ! asiff baru bace..eheh :) pepon,keep moving forward !

    ReplyDelete