~A Journey Through Life~

Saturday, 2 March 2013

The "comment" it hurts but it helps..

Assalamualiakum..you all..
haha..gedik semacam lak tiba-tiba..

tak ada mende sangat yang nak diceritenye..
terkadang idea tu mari nak menulis seribu kata dengan tajuk yang best lah jugak kiranya..
tapi time tu jugaklah malasnye lah nak menaaip..
haha..
ok..macam mana nak start ek?

semenjak dua menjak nie..terasa macam diri ini tak berapa nak betul je..entah kenapa?
-_- * I dont know *
huh..

so,beginilah..nak kongsikan suatu tip untuk anda yang fanstastic lagi gempak di sana..

ok,nak tanye jap sebelum tu..kalian semua pernah tak di "comment " oleh seseorang..
dan "comment" tu memang perghhhhh...
mesti reaction korang yang pertama "WHAT!" , "WHY ME?" and so on..
ade yang mase dengar "comment" tu menangis, geram ,sakit hati dan seterusnye lah..
WHY ME?!!URGHH!!!

well to tell you the truth hamba nie pun pernah..
kitakan manusia memang kompem buat silap..
so jangan pernah ingat diri kita nie perfect , got it!
memang Allah dah ciptakn macam tu..
Allah mencipatakan kita dalam keadaan kekurangan tapi dia tak expect untuk kita jadi PERFECT..
Dia expect kita untuk terus memuhasabah diri kita ini dan keep on trying to find His REDHO..
that is what he want from us all, ok ..Faham?

so,dari sini apa yang saya dapat nyatakan ialah, sebagai seorang manusia ni..
tak perlulah kita mengharapkan orang lain perfect..barulah kita boleh terima dia..
just except them for who they are lah..
common lah..Allah tak expect pun perfection dari hamba dia..tapi kita ni yang melebih..tolong ah..--"

jadi antara step- step untuk tangani "comment" tu adalah :
*jeng-jejeng*drum roll please..hihi..

1. act rationally..jangan tiba-tiba jadi gila ke, sakit ke , ape bagai ke..just be cool..
   tapi memang pahit ah skit bila dapat 'comment' tu..i understand..tpi kalu korang nak nangis..nangis je lah..
   walaupun sebaiknye tahan dulu emotion tu..jangan awal sangat kita tunjuk yang kita nie lemah.



2. muhasabah kembali dan cari apa sebab si dia tu cakap macam tu kat kita..dan adakah apa yang si dia       cakap tu memang betul..kalau YES is the answer..then try to find the solution..kalau NO is the  answer.. than stop with the worrying please..
orang tu manybe tak kenal pun siapa diri kita nie yang kita nie tiba-tiba care sangat dengan ape dia comment tu kenapa ..your the one that know yourself better than anyone else..so just ignore je lah..

3. don't bother crying for what that people said IF the person who said it..does'nt even know you..
unless its your friend who said it..at that moment your friends tell you your mistake..take note and action too adjust yourself..bit by bit slowly...
back to the story..why do you even care what people  thinks about you when they dont even know you..
if the person who give you the 'comment' know that you are crying, just because of what he said..surely i think he will just laugh at you..maybe..who knows..

4. just smile..musibah yang mendatang tu..terkadang Allah nak uji kita..adalah lebih baik kita terima kejian daripada pujian..kerana dengan pujian kita menjadi seorang yang riak tapi dengan kejian kita muhasabah kembali apa yang kita tersalah laku..
jadi senyumlah sebab Allah nak bagi pahala kat awak semua dan tabahlah menghadapi ujian dunia ini..
insyaallah all of you can
sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya di luar batasan..



**THE END**

hehe..sebenornyelah..saya pernah jugak lalui situasi yang macam nie..rase memang geram ah kat budak tu..sampai menangis pun adalah skit..lepas tu ummi saya yang tercinta pun datang..woohoo..
mommy to the rescue..muahaha..

ummi pun cakap macam nie
"kisah apa dengan benda yang dia cakap tu..macamlah dia kenal awak tu sape..kalu kenal boleh ah jugak tahan ni tak kenal langsung..yang nak pergi menangis sebabkan comment dia tu je tak berbaloi langsung dan membazir air mata je ..kalu dia tau awak tu menangis sebabkan dia je ummi rase comfirm dia suka je dekat awak tu..so stop crying..and dont be bother with what he say..baik pergi belajar dari bazir mase ingat ke dia punye comment tu.so stop! paham..

and then I said
"YES MOM "

*ambik tu ..kene blebe jugak skek..haha..*

and when I think back what mom says to me..yes she's right..ofcourse she know the best solution..
jadi dengan solution yang saya dapat..saya jadikan sebagai iktibar ..

ambik yang jernih dan buanglah yang keruh tu jauh-jauh..jangan ambik pulak..
harap dengan tip yang saya bagi tu dapat sedikit sebanyak menolong anda semua..
walaupun tak lah berapa nak ke jadi tips sangat..tapi saya harap ia dapat membantu..

ok that is all for now..
apa yang baik datang dari Allah..dan yang buruk dari datangnya dari saya sendiri..


tata..titi..tutu..
and assalamualaikum! =)



Friday, 11 January 2013

Noda Sang Huffaz

"Aku sekarang dah tak percaya kat budak-budak yang hafal quran." 

"Aku tengok ramai budak yang hafiz, tapi perangai tak melambangkan dia seorang penghafal al-quran."

"A'ah betul jugak. Nama je hafiz, tapi kadang-kadang banyak masalahnya. Kadang-kadang duk bergayut calling dengan perempuan sampai tengah malam, keluar dating, makan dengan perempuan, tepuk tampar dengan perempuan. Ahh banyak lagi lah."

"Aku pun hairan, sepatutnya bila dah ada al-quran dalam diri tu, makin bertambah baik, jaga akhlak, jaga hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tapi yang berlaku ialah sebaliknya. Malah lebih teruk dari orang yang tak hafal quran."

Saya tersedak dan termakan cili, kerana saya faham bagaimana situasinya seorang penghafal quran.

Saya ada tanggungjawab yang terbeban dalam dada. Tanggungjawab menanggung sebuah kitab firman dari Tuhan yang Maha Esa dan Kuasa.

Ya, saya sepatutnya lagi tahu hukum hakam. Tapi, syaitan ada juga mengekori saya.

Dan saya tau itu bukan alasan untuk seorang penghafal quran membela diri dan menafikan dosa yang dilakukan. kerana hakikatnya, yang salah tetap salah. dosa tetap dosa, pahala tetap pahala.

Saya sedar dosa saya. dan tolong doakan saya menjadi penghafal Quran yang beramal dengan hafalannya.

Cuma, kalau anda melihat kawan-kawan saya, para huffaz di luar sana sedang leka. Tolong jangan hukum mereka.

Mungkin mereka memerlukan sedikit masa untuk mencari hakikat diri. Mengenali hakikat kehidupan. Naluri keseronokan yang setiap manusia dambakan. Mereka baru sahaja terdedah dengan realiti dunia yang sebenar, sebab sebelum ini mereka terpenjara di sekolah, menerima tarbiyah terus menerus daripada sang ustaz, tanpa diperlihatkan kepada realiti sebenar masyarakat di luar. Mereka terkejut dengan budaya baru yang sedang mereka lalui.

Sebagai seorang manusia biasa, yang serba lemah. adakalanya mereka juga terpedaya dan tewas dalam genggaman nafsu syaitan durjana. sama seperti yang lain.

Hanya itu yang mampu saya katakan. Memang itulah kelemahan setiap manusia. Kadang-kadang lalai, walaupun telah menggunung ilmu di dada. Apakan daya, sifat manusia itu sendiri sering melakukan kesilapan dan dosa.

Hakikatnya, insya Allah, satu hari nanti mereka tahu kemana jalan untuk mereka ‘KEMBALI’. kerana Al-Quran itu sudah ada dalam hati mereka, tinggal masa yang menentukannya. semoga dipercepatkan tempoh penemuan mereka itu.

Kita sama-sama doakan. doa senjata mukmin.
tapi, selagi anda mampu menegur, tegurlah kesalahan kami. :)

SESUNGGUHNYA MUKMIN ITU BERSAUDARA .



:Copy paste:
tatkala membaca apa yang tertulis di atas ,aku kaku..
memang tidak ada apa yang boleh disangkal lagi..
semuanya benar..aku akui..
menjadi seorang huffazul quran sangatlah susah..
namun itulah dugaan sebagai penghafaz...
doakan yang terbaik buat kami dalam menghadapi cabaran sbgai penghufaz kalam Allah..

Assalamualaikum..